Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

CANSELOR JERMAN SCHOLZ TOLAK RANCANGAN “PENGAMBILALIHAN” GAZA OLEH TRUMP

DUNIA

CANSELOR JERMAN SCHOLZ TOLAK RANCANGAN “PENGAMBILALIHAN” GAZA OLEH TRUMP

Canselor Jerman Olaf Scholz pada Jumaat dengan tegas menolak rancangan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump untuk “mengambil alih” Gaza dan menempatkan semula penduduk Palestin ke negara lain di rantau itu.

BERLIN: Canselor Jerman Olaf Scholz pada Jumaat dengan tegas menolak rancangan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump untuk “mengambil alih” Gaza dan menempatkan semula penduduk Palestin ke negara lain di rantau itu.

“Saya menolak sepenuhnya apa yang dicadangkan oleh Presiden Trump,” kata pemimpin Parti Demokrat Sosial itu semasa acara kempen di Ludwigsburg.

“Penduduk Gaza tidak boleh ditempatkan semula di Mesir dan Jordan. Ini tidak betul,” beliau tegaskan.

Scholz menekankan bahawa usaha harus ditumpukan kepada meredakan ketegangan sedia ada dan mencari penyelesaian diplomatik terhadap konflik Israel-Palestin yang dapat memastikan kewujudan bersama secara aman antara negara Palestin pada masa hadapan dan Israel.

Kenyataannya itu dibuat sebagai respons terhadap komen Trump semasa sidang media bersama Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu di Rumah Putih pada Selasa malam.

Trump mencadangkan agar penduduk Gaza dipindahkan ke negara seperti Jordan dan Mesir, manakala AS akan menjadikan wilayah itu sebagai “Riviera Timur Tengah.”

Cadangan itu mendapat kecaman keras dari Palestin dan ditolak secara terang-terangan oleh banyak negara, termasuk China, Rusia, Turkiye, Sepanyol, Perancis, Arab Saudi, Mesir dan Jordan.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading