ZAYN RAYYAN BUDAK BAIK, TIDAK MUDAH TANTRUM – SAKSI
Seorang saksi memberitahu Mahkamah Sesyen Petaling Jaya hari ini bahawa Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin merupakan seorang budak yang baik dan tidak mudah tantrum semasa dia menguruskan kanak-kanak autistik itu di sekolah pada Mac hingga Dis 2023.
PETALING JAYA: Seorang saksi memberitahu Mahkamah Sesyen di sini hari ini bahawa Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin merupakan seorang budak yang baik dan tidak mudah tantrum semasa dia menguruskan kanak-kanak autistik itu di sekolah pada Mac hingga Dis 2023.
Nasimah Abu Bakar, 33, seorang pembantu pengurus murid di sekolah Zayn Rayyan berkata kanak-kanak itu juga tidak banyak kerenah selain mudah menurut arahan yang diberikan dan tidak banyak membuat masalah.
“Zayn seorang yang pasif dan bukan jenis hiperaktif (hyper), tidak tantrum sangat dan dia budak yang baik,” katanya semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Aqharie Durranie Aziz pada hari kelima perbicaraan kes pengabaian dihadapi ibu bapa kanak-kanak itu, Zaim Ikhwan Zahari dan isterinya Ismanira Abdul Manaf.
Menceritakan kejadian kehilangan Zayn Rayyan pada 5 Dis 2023, Nasimah berkata beliau mengetahui maklumat kehilangan kanak-kanak autistik itu menerusi kumpulan WhatsApp kelas Zayn Rayyan antara pukul 4 hingga 4.30 petang.
Saksi pendakwaan ke-10 itu berkata selepas menerima maklumat kehilangan Zayn Rayyan, beliau telah menghubungi ibu Zayn Rayyan (Ismanira) pada 5 petang (5 Dis 2023) untuk mendapatkan kepastian mengenai perkara itu.
Nasimah berkata selepas mendapat maklumat mengenai kehilangan Zayn Rayyan, beliau menghantar laporan kepada penolong kanan hal ehwal murid (HEM) sekolah bagi tindakan lanjut.
Disoal Aqharie Durranie apa yang dimaklumkan ibu Zayn Rayyan (Ismanira), Nasimah menjawab, “Ismanira cakap ‘Ya betul, Zayn hilang’. Ibu Zayn Rayyan juga turut memberitahu anaknya itu telah lari berdesup dan kemudiannya hilang”.
Nasimah berkata pada keesokannya (6 Dis 2023) beliau menghubungi ibu Zayn Rayyan sekali lagi dan bertanya kepadanya sama ada anaknya itu pernah lari sebelum ini dan Ismanira memaklumkan bahawa kanak-kanak itu pernah hilang di Taman Metropolitan, Kepong.
Kepada soalan Aqharie Durranie mengenai lampin pakai buang Zayn Rayyan yang dipakai pada 5 Dis 2023, sama ada Nasimah ada menukar lampin pakai buang itu, dia menjawab “Tidak, kerana tiada berkeperluan untuk menukar lampin yang tidak kotor dan penuh.”
Aqharie Durranie: Jadi dia (Zayn Rayyan) pulang (ke rumah) memakai ‘pampers’ yang sama? Dan Nasimah berkata “Ya, betul.”
Perbicaraan bersambung 17 Feb ini.
Pada 13 Jun 2024, Zaim Ikhwan dan Ismanira, kedua-duanya berumur 30 tahun, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya atas pertuduhan mengabaikan kanak-kanak autistik berusia enam tahun itu, dengan cara kemungkinan menyebabkan kecederaan fizikal terhadapnya di sekitar jalan PJU Damansara Damai di sini pada 12 tengah hari, 5 Dis hingga 9.55 malam, 6 Dis 2023.
Pertuduhan mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 31 (1) akta sama dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak lebih 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Pada 6 Dis 2023, mayat Zayn Rayyan ditemukan di aliran anak sungai berhampiran rumahnya di Apartment Idaman, Damansara Damai dekat sini, selepas dilaporkan hilang sehari sebelumnya.
Kanak-kanak itu dipercayai dibunuh apabila hasil bedah siasat menemukan kesan kecederaan pada leher serta badannya akibat mempertahankan diri.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked