Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

HAMAS BEBASKAN TIGA LAGI TAWANAN ISRAEL DI BAWAH PERJANJIAN GENCATAN SENJATA

DUNIA

HAMAS BEBASKAN TIGA LAGI TAWANAN ISRAEL DI BAWAH PERJANJIAN GENCATAN SENJATA

Kumpulan Palestin, Hamas membebaskan tiga lagi tawanan Israel pada Sabtu sebagai sebahagian daripada perjanjian gencatan senjata dan pertukaran tahanan dengan Israel.

Sumber Gambar: AFP

ANKARA: Kumpulan Palestin, Hamas membebaskan tiga lagi tawanan Israel pada Sabtu sebagai sebahagian daripada perjanjian gencatan senjata dan pertukaran tahanan dengan Israel, lapor Agensi Anadolu.

Ketiga-tiga tawanan—Or Levy, Eliyahu Sharabi dan Ohad Ben Ami—diserahkan kepada wakil Palang Merah di bandar Deir al-Balah, tengah Gaza.  

Menurut wartawan Anadolu, seorang daripada tawanan yang dibebaskan dilihat memakai pakaian seragam tentera Israel, manakala dua lagi memakai pakaian berwarna coklat.  

Wakil Palang Merah menandatangani dokumen sebagai pengesahan penerimaan tawanan sebelum membawa mereka untuk diserahkan kepada tentera Israel.  

Tentera Israel mengesahkan bahawa mereka dimaklumkan oleh Palang Merah mengenai penyerahan tiga tawanan berkenaan.  

Sebagai pertukaran, Israel dijangka membebaskan 183 tahanan Palestin.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading