Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

CIKGU FADLI DIGUGUR PERTUDUHAN, BEBAS DARIPADA TINDAKAN TATA TERTIB

DALAM NEGARA

CIKGU FADLI DIGUGUR PERTUDUHAN, BEBAS DARIPADA TINDAKAN TATA TERTIB

Mohd Fadli Mohamed Salleh, guru sekolah yang menjadi tular di media sosial selepas mendakwa berdepan tindakan kerana menyuarakan pandangan mengenai silibus pembelajaran, malam ini mengesahkan beliau digugurkan daripada kesemua tiga pertuduhan dan dibebaskan daripada tindakan tata tertib.

KUALA LUMPUR: Mohd Fadli Mohamed Salleh, guru sekolah yang menjadi tular di media sosial selepas mendakwa berdepan tindakan kerana menyuarakan pandangan mengenai silibus pembelajaran, malam ini mengesahkan beliau digugurkan daripada kesemua tiga pertuduhan dan dibebaskan daripada tindakan tata tertib.

Perkara itu disahkan oleh guru Sekolah Kebangsaan (1) Gombak itu sendiri, yang membacakan surat keputusan tindakan tatatertib daripada Kementerian Pendidikan (KPM), menerusi Facebook Live.

“Walau ramai sudah maklum.. Alhamdulillah ketiga-tiga pertuduhan (saya didapati) tidak bersalah dan bebas daripada apa-apa tindakan (tatatertib),” katanya yang berharap tindakan susulan diambil daripada perkara yang dibangkitkan beliau sebelum ini.

Terdahulu, tular di media sosial mengenai surat daripada KPM bertarikh hari ini yang menggugurkan guru Matematik itu daripada semua pertuduhan dan dibebaskan daripada tindakan tata tertib.

Mohd Fadli sebelum ini tular di media sosial selepas mendakwa dirinya berdepan tindakan dibuang kerja atau diturunkan pangkat daripada KPM dipercayai kerana sering menegur berkaitan pelbagai isu persekolahan.

Perkara itu mendapat perhatian Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang berharap situasi menang-menang dapat dicapai dalam perkara itu.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading