DAKWA KETURUNAN NABI: HENTIKAN POLEMIK, ELAK KEKELIRUAN

Sumber Gambar: BERNAMA

SHAH ALAM: Semua pihak perlu menghentikan polemik berkaitan isu individu yang mendakwa dirinya keturunan Rasulullah SAW.

Ujar Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad, ianya bagi mengelakkan timbul sebarang kekeruhan dan kekeliruan dalam kalangan masyarakat.

“Perkara tersebut tidak perlu dilakukan, kita perlu fokus kepada menyayangi Rasulullah SAW dan ahli keluarganya.

“Memang Rasulullah SAW suruh kita didik anak-anak kita supaya sayang dengan Baginda dan ahli keluarga Baginda.

“Jangan kita duduk hina keluarga nabi, isteri nabi, itu tidak boleh,” katanya semasa ditemui wartawan di Majlis Multaqa Murabbi Ummah Peringkat Negeri Selangor 2022 di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di sini hari ini.

Baru-baru ini tular beberapa video di media sosial berkenaan seorang individu mendakwa dirinya sebagai keturunan Rasulullah SAW yang berada di Malaysia bagi menghadiri beberapa program di pelbagai negeri.

Bagaimanapun, terdapat laporan bahawa program yang dijadualkan di Kedah, Terengganu, Kelantan serta Selangor dibatalkan selepas tidak mendapat kelulusan jabatan agama negeri.—AlHijrah Online

Leave a Reply