COVID-19: 182 KES POSITIF BAHARU DIREKODKAN KKM

KUALA LUMPUR: Sejumlah 182 kes positif baharu COVID-19 direkodkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini.

Daripada jumlah itu 181 adalah kes tempatan dan satu daripadanya kes import.

Menurut KKM, sebahagian besar kes melibatkan Kluster Benteng di Sabah dengan 167 kes dan Kluster Sungai serta Telaga di Kedah 14 kes.

Dengan pertambahan kes baharu itu menjadikan jumlah keseluruhan kes COVID-19 meningkat kepada 9,810 dengan 501 daripadanya adalah kes aktif.

Tiada kematian baharu dilaporkan hari ini dan jumlah kematian kekal 128 orang.

Sebanyak 14 kes sembuh baharu dilaporkan menjadikan jumlah sembuh keseluruhan 9,181 kes. — AlHijrah Online.

Leave a Reply