Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

SELEPAS UAE, BAHRAIN PULA JALIN KERJASAMA DENGAN ISRAEL

DUNIA

SELEPAS UAE, BAHRAIN PULA JALIN KERJASAMA DENGAN ISRAEL

WASHINGTON: Bahrain semalam mengumumkan persetujuan untuk kembali menjalinkan hubungan diplomatik penuh dengan negara haram Israel.

Keputusan Bahrain itu sebulan selepas negara jirannya Emiriah Arab Bersatu (UAE) melakukan langkah dengan menjalinkan hubungan diplomatik bersama Israel.

Lapor Anadolu Agency, persetujuan hubungan diplomatik antara negara rantau Arab dengan negara haram itu dilakukan menerusi satu panggilan telefon antara Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan Raja Bahrain, Hamad Isa Al Khalifa.

Menurut kenyataan media bersama Amerika Syarikat-Bahrain-Israel yang disiarkan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump melalui laman Twitternya, perjanjian antara kedua-dua negara tersebut satu catatan sejarah yang akan meningkatkan keamanan di rantau Arab.

Kepimpinan Palestin sebelum ini menegaskan perjanjian UAE-Israel mencabuli hak negara mereka.

Sebarang perjanjian bersama dengan Israel kata Palestin, perlu dibuat berdasarkan Inisiatif Keamanan Arab 2002 di bawah prinsip “tanah untuk keamanan” dan bukannya “keamanan untuk keamanan”. — AlHijrah Online.


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading