Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

GARIS PANDUAN SOLAT JEMAAH KETIKA COVID-19 BERDASARKAN IJTIHAD, PANDANGAN ULAMA

DALAM NEGARA

GARIS PANDUAN SOLAT JEMAAH KETIKA COVID-19 BERDASARKAN IJTIHAD, PANDANGAN ULAMA

IPOH: Garis panduan solat berjemaah di masjid dan surau ketika Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dibuat bersandarkan ijtihad atau pandangan ulama.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, persoalan berhubung pelaksanaan solat jemaah ketika PKPP juga telah dijelaskan dalam buku ‘Soal Jawab Fiqh COVID-19’ yang dihasilkan pada Jun lalu.

“Sebenarnya ini telah dibahaskan oleh para ulama. Jadi ada perkara-perkara yang kita nampak macam bercanggah tetapi semuanya ijtihad-ijtihad ulama.

“Kami telah adakan satu buku Fiqh COVID-19, dalam itu kita perjelaskan beberapa isu-isu baru dan terkini berkenaan agama yang kita ambil daripada pandangan muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan, muzakarah negeri dan seumpamanya bahkan di peringkat antarabangsa,” katanya kepada media selepas merasmikan Nadwah Penyelarasan Sekretariat Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Dakwah Islam Perak bertemakan ‘Jaringan Dakwah Pengislah Ummah’ di Ipoh hari ini.

Zulkifli berkata demikian ketika diminta mengulas penularan video seorang pendakwah terkenal tanah air yang mempersoalkan pelaksanaan kelaziman baharu yang didakwa bercanggah dengan Islam.

Ujar Zulkifli, kerajaan sentiasa melihat daripada pelbagai sudut dalam menentukan kaedah yang sesuai dalam kelaziman baharu.

Jelas beliau, setiap keputusan yang dibuat akan merujuk kepada kaedah fiqh yang melibatkan kepentingan umum.

Tambahnya, beliau kini dalam proses menyiapkan edisi kedua ‘Soal Jawab Fiqh COVID-19’ dengan penambahan persoalan yang memerlukan penjelasan.

Orang ramai yang berminat untuk mendapatkan edisi pertama buku berkenaan boleh memuat turun secara percuma di laman sesawang https://mira.gov.my/BUKU/. – AlHijrah Online.


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading