Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KL KEKALKAN WAKTU RESTORAN, KEDAI SERBANEKA SEHINGGA 12 TENGAH MALAM SAHAJA

DALAM NEGARA

KL KEKALKAN WAKTU RESTORAN, KEDAI SERBANEKA SEHINGGA 12 TENGAH MALAM SAHAJA

KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengumumkan waktu operasi premis perniagaan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur kekal sehingga jam 12 tengah malam sahaja sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Menurut kenyataan dikeluarkan DBKL, keseragaman waktu itu bagi memudahkan pemantauan dilaksanakan pihaknya dan agensi lain.

Jelas DBKL keputusan itu dibuat hasil Mesyuarat Pengurusan Krisis Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (CMCWPKL) yang bersidang semalam.

Oleh itu DBKL memohon kerjasama pemilik atau pengendali premis perniagaan dan orang ramai supaya sentiasa mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan oleh pihak kerajaan serta kekal mengamalkan kawalan kendiri.

Khamis lalu, Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan kerajaan bersetuju melanjutkan operasi restoran dan kedai serbaneka hingga jam 2 pagi. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading