COVID-19: EMPAT ANGKA LAGI

Imej Mohd RASFAN / AFP

PUTRAJAYA: Negara hari ini merekodkan angka positif COVID-19 lebih seribu kes, setakat jam 12 tengah hari tadi, menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah.

Dalam sidang medianya, Noor Hisham memaklumkan sejumlah 1,240 kes baharu direkodkan dengan 691 kes sembuh baharu.

Sebagai mana sebelum ini, kes positif dari Sabah mencatat bilangan tertinggi dengan 927 kes, manakala Selangor 177 kes. Labuan dan Johor, masing-masing enam dan empat kes, Kedah dan Terengganu masing-masing tiga kes manakala Melaka dua kes.

Tujuh kematian direkodkan hari ini, menjadikan jumlah kumulatif yang telah meninggal dunia berjumlah 236 orang.

“Terdapat tiga kluster baharu iaitu Kluster Kapor, Kluster Hampar dan Kluster Penjara Tapah dikenal pasti.”

Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah
Ketua Pengarah Kesihatan (KKM)

Sehingga kini, jumlah kes positif di Malaysia adalah sebanyak 27,805 kes. 17,825 daripadanya telah pulih.

Noor Hisham berkata, trend menunjukkan kes positif di Malaysia akan konsisten empat angka dalam tempoh empat minggu ini. Ia berdasarkan unjuran sistem informasi dan maklumat kesihatan awam yang diperolehi. – AlHijrah Online

Leave a Reply