Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

COVID-19: INDIVIDU PULANG DARI SABAH MULAI ESOK PERLU DIKUARANTIN

DALAM NEGARA

COVID-19: INDIVIDU PULANG DARI SABAH MULAI ESOK PERLU DIKUARANTIN

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan, terdapat keperluan untuk melaksanakan langkah pencegahan dan kawalan penularan jangkitan COVID-19 ke atas individu dengan sejarah perjalanan dari Sabah sebagai langkah memantau risiko penularan virus itu.

Sehubungan itu, ketetapan dibuat bahawa semua individu yang pulang dari Sabah akan menjalani saringan kesihatan COVID-19 di Pintu Masuk Antarabangsa bermula esok sehingga 10 Oktober.

“Mereka diwajibkan untuk memuat turun dan mendaftar aplikasi MySejahtera dan daftar masuk menggunakan aplikasi ini setibanya di Pintu Masuk Antarabangsa dan menjalani saringan gejala jangkitan saluran pernafasan.”

Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah
Ketua Pengarah Kesihatan, KKM
Image

Keputusan itu turut mengambil kira keadaan semasa, selepas 11 lagi kes positif hari ini dikesan di semenanjung selepas mereka pulang dari Sabah.

Sebelum ini 10 kes dilaporkan antara 20 hingga 25 September lalu dari negeri sama.

Menurut KKM, selepas menjalani semua prosedur saringan COVID-19, kesemua yang tiba dari Sabah perlu menjalani perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah (HSO) sehingga keputusan makmal diperolehi.

Dalam pada itu, 82 kes baharu dicatat hari ini dengan 64 kes daripadanya di Sabah.

Tiada kematian dilaporkan. Angka korban kekal 133 kes. – AlHijrah Online / Ardi Herman Mohd Mardzi


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading