COVID-19: LELAKI 88 TAHUN MAUT DI ISRAEL

Last Updated on

BAITULMAQDIS: Seorang lelaki tua maut akibat novel koronavirus, menurut pegawai kesihatan Israel lewat semalam dipetik agensi berita Anadolu.

Kementerian Kesihatan berkata pesakit berusia 88 tahun itu didiagnos minggu lalu dengan COVID-19 di sebuah hospital di barat Baitulmaqdis.

Kematian itu  adalah kes pertama akibat koronavirus di Israel. Sebanyak 14 daripada 705 kes positif dalam keadaan serius di Israel.

Wabak COVID-19 yang muncul di Wuhan, China Disember lalu, merebak ke sekurang-kurangnya 164 negara dan wilayah. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan wabak itu sebagai pandemik.

Lebih 266,000 kes koronavirus disahkan, jumlah kematian kini melebihi 11,000 kes dan lebih 87,000 individu dijangkiti telah pulih, demikian menurut data Johns Hopkins University yang berpangkalan di Amerika Syarikat.

Walaupun semakin banyak kes dilaporkan, kebanyakan individu dijangkiti hanya mengalami gejala ringan dan pulih. — Terjemahan AlHijrah Online/ Zamir Akmal Zambri

Leave a Reply