PUTRAJAYA: Kerajaan tidak bercadang mengulangi sekatan yang pernah dilaksanakan sebelum ini seperti Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) meskipun berlaku peningkatan kes COVID-19 ketika ini, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
“Buat masa ini, kita tak cakap tentang mengulangi PKP, sebab ada yang mula bertanya dalam ciapan X, banyak kegusaran di situ,” katanya dalam sidang media berhubung status COVID-19 terkini di sini hari ini.
Beliau berkata keadaan semasa di Malaysia masih terkawal dan tidak membebankan fasiliti kesihatan sedia ada susulan pengukuhan Pelan Pengurusan COVID-19 Kementerian Kesihatan (KKM) yang menggariskan lima strategi utama.
Ia termasuk pengesanan awal kes COVID -19 dan varian SARS-CoV-2, pemerkasaan komuniti menerusi amalan TRIIS (uji, lapor, asing, maklum dan dapatkan rawatan) serta pendigitalan sistem kesihatan dalam pengurusan pandemik menerusi aplikasi MySejahtera.
“Pengesanan awal contohnya sistem amaran awal atau Heightened Alert System yang sentiasa kita pantau dan survelan sentinel di seluruh negara seperti ILI (Influenza Like Illness) dan juga survelan persekitaran air kumbahan dalam komuniti dan pintu masuk antarabangsa,” katanya.
Kes COVID-19 yang dilaporkan pada Minggu Epidemiologi (ME) ke-50 iaitu dari 10 hingga 16 Dis adalah sebanyak 20,696 kes iaitu peningkatan 62.2 peratus berbanding 12,757 kes pada ME49.
Dzulkefly berkata majoriti kes atau kira-kira 97 peratus merupakan kategori satu (tiada gejala) dan dua (gejala ringan), dengan sebanyak 28 kes kematian dilaporkan.
Menurut Dzulkefly, KKM dan agensi bukan KKM seperti hospital pengajar, hospital tentera dan fasiliti swasta juga bersedia untuk menghadapi sebarang peningkatan jumlah kedatangan dan kemasukan pesakit ke wad.
“Kami bersedia untuk itu akan kemungkinan peningkatan mendadak atau ledakan seperti itu. KKM juga sedang pantau rapi kapasiti hospital menerusi unit pengurusan katil dan dari segi rawatan pesakit,” katanya.
Beliau turut menyarankan golongan komorbid seperti mereka yang mempunyai penyakit darah tinggi, diabetes dan kanser agar melakukan ujian kendiri COVID -19 sekiranya bergejala dan melaporkannya dalam aplikasi MySejahtera.
Dzulkefly berkata angka kes dan kematian menjadi tidak sah sekiranya warga Malaysia tidak melaporkan kes dalam MySejahtera.
Beliau turut mengingatkan orang ramai agar sentiasa mengamalkan langkah pencegahan termasuk memakai pelitup muka di kawasan awam dan tertutup, mengelakkan kawasan sempit dan sesak serta mengambil vaksin COVID-19.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.