COVID-19: KES POSITIF MELONJAK LEBIH 7000 KES

PUTRAJAYA: Jumlah kes positif COVID-19 harian bagi 6 Julai meningkat dengan merekodkan 7,654 kes.

Daripada jumlah tersebut, Selangor merekodkan 3,260 kes manakala Kuala Lumpur sebanyak 1,550 kes.

Image

Dalam perkembangan yang sama, kes kematian baharu mencatatkan 103 kes yang menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 5,677 kes.

Sementara itu, jumlah kes unit rawatan rapi (ICU) merekodkan sebanyak 943 kes, sementara 450 kes yang memerlukan bantuan alat pernafasan.

Image

–AlHijrah Online

Leave a Reply