Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

REMAJA MENGAKU MENYAMAR SEBAGAI DOKTOR PAKAR DI PPV

DALAM NEGARA

REMAJA MENGAKU MENYAMAR SEBAGAI DOKTOR PAKAR DI PPV

KUCHING: Seorang remaja mengaku bersalah atas tuduhan menyamar sebagai doktor pakar yang bertugas di sebuah pusat pemberian vaksin (PPV) di Petra Jaya.

Tertuduh, Shah Hairil Izman Dave, 20, membuat pengakuan semasa prosiding dilakukan di hadapan Majistret Zubaidah Sharkawi, di Mahkamah Majistret Kuching.

Zubaidah kemudian memutuskan agar tertuduh ditahan lanjut sehingga 17 Ogos dan mahkamah menetapkan tarikh 18 Ogos depan sebagai sebutan semula kes bagi mendengar laporan sosial tertuduh.

Suspek dituduh di bawah Seksyen 170 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara dua tahun atau denda jika disabit kesalahan.

Memetik laporan AWANI, berdasarkan fakta kes, tertuduh dikenali sebagai Dr Shah Hairil, siswazah perubatan yang ditugaskan di hospital kerajaan di bahagian neurologi.

Tertuduh melakukan kesalahan itu antara Januari hingga Julai tahun ini, malah telah menyamar sebagai pegawai perubatan di Hospital Umum Sarawak (HUS) sebanyak 32 kali antara 15 Jun hingga 1 Julai lalu.

Penyamarannya terbongkar selepas seseorang kenalannya yang berada di PPV itu mengakui tertuduh merupakan rakan sekelas ketika di tingkatan dua pada 2016.

Tertuduh ditahan polis di PPV Stadium Perpaduan Kuching pada 1 Julai lalu sekitar pukul 3 petang, serta merampas peralatan kedoktoran, pakaian kerja berwarna biru, serta pas kerja palsu dengan nama Dr Shah Hairil Izman.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading