COVID-19: KES POSITIF NAIK MENDADAK KEPADA 62 KES

Image
Sumber: KKM

PUTRAJAYA: Angka positif COVID-19 di seluruh negara setakat 12 tengah hari tadi meningkat drastik kepada 62 kes, berbanding semalam, hanya enam kes.

Angka itu membabitkan 56 kes penularan dalam negara.

Status positif COVID-19  yang terkini bagi Kluster Benteng LD, Sabah meningkat kepada 50 kes, merangkumi 43 kes di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu, dan tujuh kes di Penjara Tawau.

Berbanding semalam, kluster Benteng hanya merekodkan dua kes baharu.

“Faktor penularan COVID-19 bagi kluster ini adalah ruang lokap yang sesak dan sempit. Didapati penjarakan fizikal sukar diamalkan. Ini merupakan penyumbang utama penularan jangkitan COVID-19 dalam kalangan banduan.”

Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah
Ketua Pengarah Kesihatan

“Setakat ini, jumlah positif Covid-19 dalam kluster tersebut ialah 66 melibatkan 64 tahanan dan seorang pegawai imigresen serta anak saudaranya.”

Sementara itu, tiada kematian direkodkan hari ini, menjadikan jumlah terkumpul kes yang meninggal dunia kekal 128 kes. – AlHijrah Online / Faez Baderolhesam

Leave a Reply