COVID-19: MALAYSIA CATAT LEBIH 1 JUTA KES POSITIF

Sumber Gambar: AFP

PUTRAJAYA: Kes keseluruhan positif COVID-19 di Malaysia hari ini telah mencecah angka satu juta, iaitu 1,013,438 kes.

Kementerian Kesihatan Malaysia dalam ciapan Twitter memaklumkan, kes positif harian bagi 25 Julai sebanyak 17,045 kes sekali gus menjadi jumlah tertinggi setakat ini.

Selangor masih mencatatkan negeri paling tinggi kes positif iaitu 8,500 kes manakala Wilayah Persekutuan (WP) Kuala Lumpur 2,045 kes.

Kedah hari ini merekodkan empat angka kes positif yang berjumlah 1,216 kes.

Image

—AlHijrah Online

Leave a Reply