Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

RAJA SALMAN TITAH KSRELIEF BANTU MALAYSIA

DUNIA

RAJA SALMAN TITAH KSRELIEF BANTU MALAYSIA

KUALA LUMPUR: Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud menitahkan Pusat Bantuan dan Kemanusiaan King Salman (KSrelief) untuk segera membekalkan barangan perubatan kepada Malaysia.

Titah itu bagi membantu usaha Malaysia mengatasi cabaran yang timbul disebabkan COVID-19.

Saudi Gazatte melaporkan titah itu sebagai tindak balas terhadap permintaan yang dibuat Malaysia melalui Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein semasa perbincangan dengan Putera Mahkota Arab Saudi Muhammad Salman.

Dalam satu kenyataan, Ketua Penyelia KSrelief Abdullah Al-Rabeeah, yang juga penasihat di Mahkamah Diraja berkata arahan Raja Salman menunjukkan keakraban hubungan antara kedua-dua negara.

Menurut Al-Rabeeah, bantuan perubatan itu merangkumi satu juta dos vaksin COVID-19.

“Kami akan berkoordinasi dengan pejabat Menteri Luar Negeri Malaysia untuk mendapatkan kontrak dengan salah satu pembuat vaksin antarabangsa yang diluluskan untuk membekalkan kuantiti yang diperlukan terus ke Malaysia,” kata Al-Rabeeah. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading