WARGA EMAS POSITIF COVID-19 DITEMUI MATI DI TEPI JALAN

Sumber Gambar: AFP

BANGKOK: Seorang gelandangan berusia 80 tahun yang dijumpai mati di tepi jalan berhampiran Victory Monument di Bangkok disahkan positif COVID-19.

Media tempatan melaporkan hasil pemeriksaan awal menggunakan kit ujian pantas mendapati mayat positif COVID-19 sebelum dihantar ke Hospital Ramathibodi bagi proses bedah siasat.

Sebelum ini dilaporkan tiga mayat lelaki dijumpai terbaring di tepi jalan di Bangkok selama hampir 12 jam sebelum diambil oleh pihak berkuasa dan kumpulan amal.

Perdana Menteri, Prayuth Chan-o-cha gusar dengan kejadian tersebut lalu mengarahkan semua agensi berkaitan mencari jalan bagi memastikan pesakit segera dihantar ke hospital untuk menerima rawatan.

Sementara itu, Thailand mencatatkan 14,260 kes baharu COVID-19 dengan 119 angka korban yang menjadikan jumlah kumulatif setakat ini sebanyak 481,967 jangkitan dan 3,930 kematian.—AlHijrah Online

Leave a Reply