Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

LIMA KIT UJIAN KENDIRI COVID-19 DIBENARKAN UNTUK DIJUAL

DALAM NEGARA

LIMA KIT UJIAN KENDIRI COVID-19 DIBENARKAN UNTUK DIJUAL

Sumber Gambar: AFP

KUALA LUMPUR: Lima kit ujian kendiri COVID-19 dibenarkan untuk dijual bagi kegunaan orang awam selepas ia mendapat kelulusan bersyarat daripada Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi pihak berkuasa peranti perubatan (MDA).

Kelulusan itu diberi berdasarkan bukti prestasi klinikal dan analitikal selaras kriteria jawatankuasa, serta dokumen sokongan Kelulusan Bersyarat Kit Ujian IVD COVID-19.

Berdasarkan infografik yang dikongsi Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, kit ujian kendiri yang boleh diguna pakai ialah Salixium-COVID-19 Rapid Antigen Rapid Test (Saliva/ Nasal Swab Samples) yang dikilangkan di Malaysia yang boleh menggunakan sampel air liur (saliva) atau calitan hidung.

Antara kit ujian kendiri yang lain ialah Gmate COVID-19 Ag Saliva For Home Use yang dikilangkan di Korea.

Image

Manakala tiga kit ujian kendiri yang dikilangkan di China iaitu BERIGHT-COVID-19 Antigen Rapid Test Device (Oral Fluid), ALLTest COVID-19 Antigen Rapid Test (Oral Fluid) dan JusChek COVID-19 Antigen Rapid Test (Oral Fluid).

Kit ujian yang diluluskan ini boleh diedarkan oleh farmasi berdaftar atau fasiliti kesihatan swasta dan penggunaannya hanya terhad untuk tujuan saringan sahaja dan semua hasil ujian perlu disahkan menerusi RT-PCR.

Sebelum ini, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba memaklumkan individu yang menggunakan kit ujian kendiri COVID-19 perlu melaporkan keputusan saringan sama ada positif, negatif atau tidak sah melalui aplikasi MySejahtera.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading