Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

REMAJA PALESTIN SYAHID DITEMBAK ZIONIS ISRAEL

DUNIA

REMAJA PALESTIN SYAHID DITEMBAK ZIONIS ISRAEL

BAITULMAQDIS: Seorang remaja Palestin syahid selepas ditembak rejim Zionis Israel semasa pertempuran di Tebing Barat.

Pihak Berkuasa Palestin berkata, mangsa Mohammed Munir al-Tamimi berusia 17 tahun yang cedera ditembak, disahkan meninggal dunia di hospital.

Sebelum ini, lebih 140 penduduk Palestin diserang oleh rejim Zionis Israel dalam pertempuran di perkampungan Beita, Tebing Barat.

Dalam pertempuran tersebut, dua tentera Israel turut mengalami kecederaan ringan.

Ratusan rakyat Palestin berhimpun di kawasan tersebut yang sering menjadi tumpuan demonstrasi terhadap penjajahan Zionis di Palestin.

Mereka menyuarakan bantahan terhadap pembinaan pos kawalan Givat Eviatar serta membina rumah dan struktur konkrit yang melibatkan tanah penduduk Palestin.

Pembinaan tersebut melanggar undang-undang antarabangsa dan Israel sengaja menimbulkan provokasi terhadap penduduk Palestin.

Tentera Israel mendakwa ratusan penduduk Palestin bertindak membaling batu kepada tentera IDF.

Persatuan Bulan Sabit Merah tempatan memaklumkan seramai 146 penduduk Palestin cedera semasa pertempuran berlaku termasuk sembilan orang terkena tembakan, 34 ditembak dengan peluru getah manakala 87 akibat serangan gas pemedih mata.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading