Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

COVID-19: SARINGAN SUHU BADAN DI SEMUA PINTU MASUK PREMIS LHDN

DALAM NEGARA

COVID-19: SARINGAN SUHU BADAN DI SEMUA PINTU MASUK PREMIS LHDN

CYBERJAYA: Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) akan menjalankan saringan suhu badan terhadap semua pelanggan, kontraktor dan pegawai yang ingin memasuki premisnya di seluruh negara dalam usaha mencegah penularan COVID-19.

LHDN dalam kenyataan hari ini berkata proses saringan akan bermula pada 8 Mac di semua premisnya di negeri yang mula bekerja pada Ahad dan 9 Mac bagi semua negeri yang mula bekerja pada Isnin.

“Sehubungan itu, pelanggan, kontraktor dan pegawai yang menunjukkan sebarang gejala COVID-19 seperti batuk, demam dan sukar bernafas tidak akan dibenarkan memasuki premis LHDN dan dinasihatkan untuk segera mendapatkan rawatan perubatan,” katanya.

LHDN turut mencadangkan agar pelanggan membuat urusan percukaian secara dalam talian dengan menggunakan perkhidmatan EzHasil tanpa perlu hadir ke premisnya bagi mengelakkan mereka terdedah kepada risiko COVID-19 apabila berada di tempat tumpuan orang ramai.

“LHDN mengharapkan kerjasama semua pihak dalam hal ini dan sebarang kesulitan amat dikesali,” katanya.

Untuk sebarang maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari portal rasmi LHDN di http://www.hasil.gov.my atau hubungi Hasil Care Line (HCL) di talian 03-8911 1000 atau 603-8911 1100 (luar negara). — BERNAMA


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading