Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

TIADA KAKITANGAN MCMC DIJANGKITI COVID-19

DALAM NEGARA

TIADA KAKITANGAN MCMC DIJANGKITI COVID-19

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memaklumkan tiada kes COVID-19 dikenal pasti dalam kalangan kakitangannya, setakat ini.

MCMC dalam kenyataan sekali lagi menjelaskan bahawa penutupan Ibu Pejabat dan Bangunan Lama di Cyberjaya, bermula hari ini hingga esok adalah untuk memberi laluan kepada kerja-kerja pembersihan dan sanitasi sebagai langkah berjaga-jaga.

Terdahulu, suruhanjaya itu turut memaklumkan perkhidmatan kaunter pembayaran penguntukan radas di ibu pejabat MCMC juga akan digantung buat sementara waktu bermula dari semalam hingga Ahad, 8 Mac.

Menurut suruhanjaya itu, tindakan penutupan dan penggantungan sementara berkenaan diambil sebagai langkah proaktif ekoran penularan COVID-19 dan ia mencerminkan keprihatinan MCMC terhadap keselamatan serta kesihatan semua pihak. — BERNAMA


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading