KUALA LUMPUR: Sejajar dengan kedudukannya selaku stesen TV Islamik, AlHijrah Media Corporation (TV AlHijrah) akan menayangkan program Maidatul Quran bertujuan membudayakan Al-Quran di kaca televisyen bermula hari ini.
Ketua
Pegawai Eksekutif TV AlHijrah, Namanzee Harris berkata Maidatul Quran adalah cetusan idea dan kolaborasi antara TV AlHijrah
dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).
Beliau berkata Maidatul Quran yang akan bersiaran setiap Jumaat jam 9 malam bermula hari ini adalah sebuah program televisyen yang mengajak penonton untuk mengimani, memahami, mengamalkan dan menyebarkan kalam Allah SWT.
“Program Maidatul Quran yang dihoskan Fahrur Raqib Abdul Majidturut menerapkan konsep hiburan islamik yang menjadikan alunan bacaan ayat Al-Quran, qasidah, zikir sebagai elemen utama rancangan ini.
“Demi memastikan penonton menikmati Tasawwur Islam menerusi rancangan ini, pemilihan Qari dan Qariah pada setiap episod dilaksanakan penuh teliti dalam memastikan mesej dan objektif rancangan ini dapat diterima dan difahami masyarakat,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Antara barisan Qari hebat mengalunkan bacaan Al Quran adalah seperti Johan kategori tilawah Al Quran Majlis Tilawah Al Quran Peringkat Kebangsaan Tahun 1441H/2020M iaitu Muhammad Qayyim Nizar Bin Sarimi yang juga merupakan OKU cacat penglihatan.
Turut memperdengarkan bacaan adalah Ustaz Wan Fakhrul, Ustaz Amirahman, Ustaz Tirmizi Ali, Adik Muhammad Harith Hakimi, Hajah Normalina, Nor Farhatul Fairuzah dan penampilan istimewa Qari antarabangsa iaitu Sheikh Momin Hawas.
Namanzee berkata Maidatul Quran adalah antara tiga program istimewa ditayangkan di TV AlHijrah bermula bulan ini yang menggunakan acuan Al-Quran Al Karim, selain program Belaian Kasih dan Tausiyah Ustazah Asma.
Beliau berkata Mac merupakan bulan yang menyaksikan pelancaran kempen #jomtontontvalhijrah di stesen televisyen berkonsepkan gaya hidup Islam ini.
“TV AlHijrah berazam memberikan sepenuh penumpuan kepada penerbitan dan penyiaran program TV berunsurkan islamik serta penerapan nilai murni yang mampu membentuk sahsiah penonton,” kata Namanzee.
Belaian Kasih yang ditayangkan di TV AlHijrah setiap hari Isnin bermula 2 Mac lalu pada jam 7.30 malam merupakan program bual bicara santai yang dikendalikan pasangan sejoli Datuk Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamod dan suaminya, Ustaz Wan Akasyah Wan Abdul Hamid.
Rancangan ini membincangkan perihal rumahtangga dan isu kekeluargaan di mana penonton bakal disajikan dengan pelbagai tips, panduan dan ilmu rumahtangga untuk melayari alam perkahwinan hingga ke jannah.
Manakala Tausiyah Ustazah Asma merupakan sebuah rancangan selami rohani bersama Ustazah Asma, seorang personaliti dakwah yang semakin mendapat tempat di hati rakyat Malaysia.
Rancangan tazkirah harian 13 episod ini dijangka menemui penonton TV AlHijrah bermula 24 Mac 2020, pada setiap hari Selasa jam 6.30 petang.
Tausiyah Ustazah Asma membawa penonton menyelami ilmu agama dan memberi sentuhan rohani buat penonton untuk kekal mengabdikan diri kepada Allah SWT selain memupuk dan mengekalkan rasa cinta terhadap Rasulullah SAW. – AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked