Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

COVID-19: WISMA FLECRA TUTUP TIGA HARI BERMULA HARI INI

DALAM NEGARA

COVID-19: WISMA FLECRA TUTUP TIGA HARI BERMULA HARI INI

KUALA LUMPUR: Wisma Felcra Berhad di Setapak Jaya ditutup serta-merta bermula hari ini hingga 6 Mac ini setelah seorang daripada ahli lembaga pengarahnya disahkan positif COVID-19. 

Dalam satu kenyataan hari ini, Ketua Pegawai Eksekutifnya Mohd Nazrul Izam Mansor berkata semua aktiviti dan operasi di peringkat ibu pejabat dihentikan bagi membolehkan kerja-kerja pembersihan dan sanitasi dibuat secara menyeluruh. 

“Semua kakitangan di ibu pejabat telah diarahkan untuk bekerja dari rumah dan dinasihatkan untuk tidak ke luar daerah supaya mudah dihubungi. Ibu pejabat Felcra akan mula beroperasi seperti biasa pada 9 Mac (Isnin).

“Dimaklumkan juga semua operasi di peringkat Wilayah dan Kawasan diteruskan seperti biasa. Ibu pejabat akan sentiasa berkomunikasi dengan pihak Wilayah dan Kawasan supaya operasi ladang dan kilang tidak terjejas,” menurut kenyataan itu. 

Dalam pada itu, Mohd Nazrul Izam berkata pihaknya juga telah mengenal pasti kakitangan yang mempunyai kontak rapat dengan individu berkenaan dan kesemua mereka kini menjalani ujian saringan kesihatan di hospital berdekatan.  

“Sehingga kini, mereka masih dalam kuarantin sendiri sehingga pihak hospital dapat memberi keputusan bagi ujian saringan itu. Selain itu, langkah-langkah pencegahan semasa adalah termasuk melakukan ujian saringan suhu di lobi premis syarikat dan menyediakan hand sanitizer (cecair pembasmi kuman) kepada staf dan pelawat,” katanya. 

Ahli lembaga pengarah Felcra yang disahkan positif COVID-19 itu sedang menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh dan beliau adalah kontak rapat dengan ahli lembaga pengarah UDA Holdings Berhad (UDA) yang disahkan positif COVID-19 baru-baru ini.  

Ahli lembaga pengarah Felcra itu kali terakhir dilihat berada dalam bangunan Wisma Felcra pada 25 Feb.

Pihaknya berharap agar semua kakitangan sentiasa bersabar dan menjaga kebersihan masing-masing serta mendapatkan rawatan segera jika terdapat sebarang simptom berkaitan jangkitan pernafasan seperti demam, batuk dan/atau kesukaran bernafas. 

Warga Felcra juga diminta mengehadkan perjalanan ke luar negara terutama ke negara-negara yang terjejas sepertimana yang disahkan oleh WHO. — BERNAMA


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading