DADAH BERNILAI RM14 JUTA DIRAMPAS, PASANGAN SUAMI ISTERI ANTARA LIMA DITAHAN – BUKIT AMAN
Lima individu termasuk sepasang suami isteri yang disyaki terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah telah ditahan polis dalam operasi berasingan di sekitar Gombak serta Wangsa Maju pada Isnin dan Selasa lepas.
KUALA LUMPUR: Lima individu termasuk sepasang suami isteri yang disyaki terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah telah ditahan polis dalam operasi berasingan di sekitar Gombak serta Wangsa Maju pada Isnin dan Selasa lepas.
Pasangan itu ditahan di sebuah rumah teres sekitar Batu Caves, Selangor dan pemeriksaan polis menemukan 197 bungkusan plastik berisi dadah disyaki ketamin seberat kira-kira 200 kilogram serta 121 bungkusan plastik dadah metamfetamina seberat 125 kilogram, dengan jumlah keseluruhan dianggarkan bernilai RM14 juta.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman Datuk Hussein Omar Khan berkata susulan tangkapan itu, pihaknya menahan tiga lelaki di kawasan parkir sebuah kondominium sekitar Wangsa Maju.
“Siasatan awal mendapati lelaki yang ditahan di Batu Caves, Selangor berperanan sebagai penjaga stor dan wanita terbabit adalah isterinya manakala seorang lagi lelaki berperanan sebagai koordinator manakala dua lelaki yang ditahan merupakan rakan sekutu sindiket terbabit,” katanya semasa sidang media hari ini.
Beliau berkata siasatan mendapati sindiket itu, yang aktif awal tahun ini, mendapat bekalan dadah dari utara negara dan menjadikan rumah di kawasan Lembah Klang sebagai stor simpanan sebelum diedarkan ke pasaran tempatan.
Hussein berkata dadah terbabit disyaki dibawa masuk melalui jalan darat dan pihaknya masih menyiasat sama ada barang terlarang itu dibawa melalui laluan utama atau ‘jalan tikus’.
“Mereka ini dipercayai mengedarkan dadah kepada sindiket di sekitar Lembah Klang,” katanya.
Beliau berkata pihaknya turut menyita enam kenderaan pelbagai jenis dan barangan kemas yang dianggarkan bernilai RM300,000.
“Kesemua individu yang ditahan negatif dadah hasil ujian saringan air kencing dan tidak memiliki rekod kesalahan lampau serta direman tujuh hari hingga 20 Okt ini,” katanya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Akta Dadah Berbahaya (Pelucuthakan Harta) 1988.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.