WANITA PANDU MINI COOPER LANGGAR LIMA KENDERAAN AKIBAT TERTEKAN PEDAL MINYAK
Akibat tertekan pedal minyak ketika ingin memasuki persimpangan Jalan Kuning, Taman Pelangi, di Johor Bahru pagi tadi, seorang ejen insurans yang memandu kereta Mini Cooper terbabas dan melanggar lima kenderaan lain.
JOHOR BAHRU: Akibat tertekan pedal minyak ketika ingin memasuki persimpangan Jalan Kuning, Taman Pelangi, di sini pagi tadi, seorang ejen insurans yang memandu kereta Mini Cooper terbabas dan melanggar lima kenderaan lain.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan ACP Raub Selamat berkata hasil siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada 9.14 pagi ketika wanita berumur 49 tahun itu memandu dari arah Jalan Pingai.
“Semasa hendak sampai ke persimpangan jalan, wanita itu tersilap menekan pedal minyak sehingga terbabas dan melanggar lima kenderaan yang diletakkan di lot kedai,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Bagaimanapun, katanya tiada sebarang kecederaan dilaporkan dan wanita itu negatif daripada pengaruh alkohol serta kes disiasat mengikut Kaedah-Kaedah Pengangkutan Jalan 10 (1) LN 166/59.
Terdahulu, tular video berdurasi satu minit di media sosial yang memaparkan beberapa buah kereta rosak dengan kereta Mini Cooper itu berada di atas sebuah lagi kenderaan.
Sementara itu, saksi kejadian rata-rata terkejut menyaksikan detik cemas itu yang memperlihatkan kenderaan itu seolah-olah “terbang” sebelum terbabas dan melanggar deretan kenderaan yang parkir di kawasan itu.
Peniaga pisang goreng R. William, 60, berkata dia melihat kereta itu dipandu laju dari arah Jalan Pingai sebelum tiba-tiba “terbang” dan melanggar kenderaan lain serta terdengar bunyi dentuman yang kuat akibat perlanggaran itu.
“Di sini banyak kedai makan, tetapi semasa kejadian ada kedai yang belum beroperasi, jika tidak mungkin kemalangan ini akan jadi lebih buruk,” katanya kepada Bernama di sekitar lokasi kejadian dan menambah proses mengalihkan kenderaan terlibat oleh pihak berkuasa selesai kira-kira pukul 10.30 pagi.
Pekerja swasta Samantha Ooi, 32, pula tergamam melihat kejadian itu, namun bersyukur tiada yang cedera mahupun terkorban dalam insiden terbabit.
Tinjauan Bernama di lokasi kejadian tengah hari tadi mendapati serpihan kaca kenderaan berselerakan di sepanjang laluan berkenaan.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager