Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KEMENTERIAN KESIHATAN GAZA TERIMA 45 MAYAT RAKYAT PALESTIN DARI ISRAEL

DUNIA

KEMENTERIAN KESIHATAN GAZA TERIMA 45 MAYAT RAKYAT PALESTIN DARI ISRAEL

Kementerian Kesihatan Gaza menerima 45 mayat rakyat Palestin dari Israel melalui Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC), menjadikan jumlah keseluruhan mayat yang dipulangkan sejak Selasa kepada 90, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Sumber: AFP

BANDARAYA GAZA/ISTANBUL: Kementerian Kesihatan Gaza menerima 45 mayat rakyat Palestin dari Israel melalui Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC), menjadikan jumlah keseluruhan mayat yang dipulangkan sejak Selasa kepada 90, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Penyerahan itu merupakan sebahagian daripada pelaksanaan fasa pertama perjanjian gencatan senjata antara Israel dan Hamas yang berkuat kuasa pada 10 Okt.

Dalam satu kenyataan pada Rabu, kementerian itu berkata pasukan perubatannya terus mengendalikan mayat-mayat berkenaan mengikut prosedur dan protokol perubatan yang ditetapkan bagi melengkapkan proses pemeriksaan, pendokumentasian serta penyerahan kepada keluarga masing-masing.

Hamas telah menyerahkan mayat lapan tawanan Israel dalam tempoh dua hari lalu di bawah perjanjian gencatan senjata itu, selepas membebaskan 20 tawanan Israel yang masih hidup pada Isnin sebagai pertukaran untuk hampir 2,000 tahanan Palestin.

Minggu lepas, Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengumumkan bahawa Israel dan Hamas telah bersetuju dengan fasa pertama pelan yang dikemukakannya pada 29 Sept untuk memeterai gencatan senjata di Gaza, membebaskan semua tawanan Israel sebagai pertukaran untuk tahanan Palestin, dan memastikan pengunduran tentera Israel secara berperingkat dari seluruh Semenanjung Gaza.

Fasa kedua pelan itu menyeru kepada pembentukan mekanisme tadbir urus baharu di Gaza tanpa penyertaan Hamas, penubuhan pasukan multinasional serta pelucutan senjata Hamas.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading