Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

DAKWAAN TENTERA DIRASUAH UNTUK UNDI AWAL, SPR GESA LAPOR KEPADA SPRM

DALAM NEGARA

DAKWAAN TENTERA DIRASUAH UNTUK UNDI AWAL, SPR GESA LAPOR KEPADA SPRM

Pengadu yang mempunyai maklumat berkenaan dakwaan perbuatan sogokan atau rasuah semasa proses pengundian pos di Parlimen P.090 Bera digesa melaporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

PUTRAJAYA: Pengadu yang mempunyai maklumat berkenaan dakwaan perbuatan sogokan atau rasuah semasa proses pengundian pos di Parlimen P.090 Bera digesa melaporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Demikian menurut Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) dalam kenyataan ringkasnya, hari ini.

Terdahulu, Pengerusi Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan terdapat anggota tentera khususnya di Parlimen Bera, Pahang sudah melaksanakan undi awal terlebih dahulu.

Katanya, mereka yang terlibat dibayar RM300 untuk mengundi dan ia jelas melanggar peraturan SPR.

Bagaimanapun, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyangkal dakwaan tersebut dan menyifatkannya satu fitnah serta tuduhan jahat kepada pasukan keselamatan itu.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading