Connect with us

ALHIJRAH NEWS

ULAMA SHEIKH ABDUL HAMID @ PAKSU MID MENINGGAL DUNIA

DALAM NEGARA

ULAMA SHEIKH ABDUL HAMID @ PAKSU MID MENINGGAL DUNIA

Ulama Sheikh Abdul Hamid Ismail atau lebih dikenali sebagai Paksu Mid Bukit Tembaga atau Kuala Pai telah menghembuskan nafas terakhirnya, pada petang Jumaat.

KUALA LUMPUR: Ulama Sheikh Abdul Hamid Ismail atau lebih dikenali sebagai Paksu Mid Bukit Tembaga atau Kuala Pai telah menghembuskan nafas terakhirnya, pada petang Jumaat.

Perkara tersebut dimaklumkan menerusi hantaran di Facebook Pak Su Mid Kuala Nerang.

Dalam hantaran tersebut turut menyatakan Allahyarham Paksu pernah berpesan untuk menghadiahkan bacaan Surah al-Ikhlas sebanyak tiga kali jika mendapat perkhabaran tentang pemergiannya suatu hari nanti.

Sementara itu, beberapa agamawan terkenal tanah air turut memberi penghormatan terakhir dengan ucapan takziah atas pemergian Allahyarham.

Pendakwah Syed Abdul Kadir Syed Hussin Aljofree dalam hantaran Facebook memaklumkan Pak Su Mid meninggal dunia pada umur lebih 100 tahun.

“Takziah buat seluruh umat. Moga Allah ampunkan beliau, rahmati beliau, dan menggolongkan beliau di kalangan muqarrabin,” katanya, hari ini.

Kumpulan nasyid terkenal, Inteam turut mengucapkan salam takziah atas pemergian Pak Su Mid.

“Salam takziah kami ucapkan buat keluarga besar Almarhum, seluruh anak didiknya dan semua yang mengenalinya.

“Semoga ditinggikan darjah almarhum disisi Allah Taala. Allahumma Amin,” katanya.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading