Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

TIGA BERADIK MAUT, SEORANG CEDERA KERETA TERBABAS DI LPT

DALAM NEGARA

TIGA BERADIK MAUT, SEORANG CEDERA KERETA TERBABAS DI LPT

Kesemua mereka yang beralamat di Kulai, Johor sedang dalam perjalanan pulang ke rumah di negeri itu selepas menjemput Adawiyah yang belajar di pusat tahfiz di Jerantut.

Sumber gambar: Bomba

KUANTAN: Tiga beradik maut manakala seorang lagi cedera apabila kenderaan dinaiki mereka dipercayai terbabas di Kilometer 165.8 Lebuhraya Pantai Timur Fasa Satu (LPT1) arah barat, di Maran hari ini. 

Ketua Polis Daerah Maran DSP Norzamri Abd Rahman berkata mereka yang maut ialah pemandu kereta, Siti Fatimah Yusry, 20, abangnya Ahmad Basyir, 27, dan Saiedah, 15, manakala seorang lagi adik mereka Adawiyah, 11, parah di kepala dan dirawat di zon merah Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS) di Temerloh.

“Kemalangan dipercayai berlaku kira-kira 7 pagi tadi selepas kereta dinaiki mangsa hilang kawalan lalu terbabas dan melanggar tembok pembahagi jalan sebelah kiri,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Norzamri berkata kesemua mereka yang beralamat di Kulai, Johor sedang dalam perjalanan pulang ke rumah di negeri itu selepas menjemput Adawiyah yang belajar di pusat tahfiz di Jerantut.

Beliau berkata siasatan lanjut dijalankan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. 

Sementara itu, Timbalan Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Ismail Abdul Ghani berkata pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian pada 8.10 pagi dan setibanya di lokasi kejadian, kemalangan melibatkan sebuah kereta Perodua Kancil.

“Dua daripada mangsa yang maut tersepit di dalam kenderaan itu, jenazah mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut dan difahamkan dibawa ke Hospital Jengka, Maran untuk bedah siasat,” katanya menerusi kenyataan. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

1 Comment

1 Comment

  1. Pingback: NAHAS TIGA BERADIK: HASRAT NURUL SYAFIQAH DIJEMPUT ADIK BERADIK TIDAK KESAMPAIAN – ALHIJRAH ONLINE

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading