NAHAS TIGA BERADIK: HASRAT NURUL SYAFIQAH DIJEMPUT ADIK BERADIK TIDAK KESAMPAIAN
“Saya menghubungi keluarga Sabtu lepas untuk meminta dijemput hari ini. Sejak pagi saya sudah bersiap menanti kehadiran kakak dan abang, tetapi tiba-tiba pak cik yang sampai pada 10 pagi dan beritahu mereka sudah tiada,”
Pelajar madrasah Nurul Syafiqah Yusry, 18, ditenangkan oleh bapa ibu saudaranya Huzaifah Muhammad, 30, (kiri) dan Nur Amalina Sapali, 27, (kanan) yang sebak selepas membuat pengecaman ke atas tiga ahli keluarganya yang maut selepas terlibat dalam kemalangan di KM 165.9 Lebuhraya Pantai Timur (arah barat) di Maran pagi tadi, di Unit Forensik Hospital Jengka hari ini. –fotoBERNAMA
MARAN: Pelajar tahfiz, Nurul Syafiqah Yusri sepatutnya pulang ke kampung halaman di Kulai, Johor, hari ini bersama abang, kakak dan dua adiknya, namun hasrat itu tidak kesampaian apabila tiga daripada mereka maut dalam perjalanan menjemputnya di pusat tahfiz tempat dia belajar.
Nurul Syafiqah, 18, berkata dia berasa pelik apabila bapa saudaranya yang ‘muncul’ di pusat tahfiznya di Jerantut dekat sini, kerana sepatutnya adik-beradiknya yang akan datang mengambil, sebelum diberitahu mengenai berita buruk itu oleh bapa saudaranya.
“Saya menghubungi keluarga Sabtu lepas untuk meminta dijemput hari ini. Sejak pagi saya sudah bersiap menanti kehadiran kakak dan abang, tetapi tiba-tiba pak cik yang sampai pada 10 pagi dan beritahu mereka sudah tiada,” katanya kepada Bernama semasa ditemui di pekarangan Unit Forensik di Hospital Jengka di sini hari ini.
Dalam kejadian kira-kira 7 pagi tadi, abang Nurul Syafiqah, Ahmad Basyir, 27, kakaknya Siti Fatimah, 20, dan adiknya Saiedah, 15, maut selepas kereta Perodua Kancil dinaiki mereka terbabas di kilometer 165.8 Lebuhraya Pantai Timur Fasa Satu (LPT1) di sini hari ini.
Kemalangan itu turut menyebabkan adik bongsu mereka, Adawiyah, 11, cedera parah di kepala dan dirawat di zon merah Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS), Temerloh.
Nurul Syafiqah berkata jenazah Ahmad Basyir, Siti Fatimah dan Saiedah yang masing-masing anak kedua, lima dan tujuh daripada lapan beradik akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Felda Jengka 11 di sini, sebaik urusan bedah siasat selesai, kerana mereka pernah menetap di tanah rancangan itu sebelum berpindah ke Kulai.
Sementara itu, bapa saudara mangsa Muhatair Muhammad, 40, menyifatkan semua anak saudarnya itu sebagai anak yang baik dan sangat rapat antara satu sama lain, dan kali terakhir mereka bertemu tiga hari lepas.
“Saya ke rumah mereka di Kulai dan sempat membawa Saiedah serta Adawiyah berjalan-jalan…semasa itu, mereka ada memberitahu tak sabar nak ke Jerantut bagi mengambil Nurul Syafiqah,” katanya. –AlHijrah Online
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests