Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

BANJIR KUALA SELANGOR MUNGKIN BERPUNCA DARIPADA TAKUNGAN BANJIR KILAT DI MERU – AMIRUDIN

DALAM NEGARA

BANJIR KUALA SELANGOR MUNGKIN BERPUNCA DARIPADA TAKUNGAN BANJIR KILAT DI MERU – AMIRUDIN

“Macam hari ini, air yang bertakung, kita dah mengalihkan pam untuk kawasan Meru dan saya dapat lihat Meru sudah mula baik (pulih), mungkin petang ini ataupun selepas beberapa jam nanti tetapi ada masalah lain lagi…,”

Beberapa pekerja meredah banjir di sebuah jalan ketika tinjauan di sekitar Klang, hari ini. –fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Banjir di Kuala Selangor berkemungkinan berpunca daripada pengaliran air banjir kilat di Meru, Klang ke kawasan berkenaan, kata Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari.

Beliau berkata ini kerana pihaknya telah mengalihkan pam untuk mengalirkan air yang bertakung di beberapa kawasan terjejas banjir di Meru.

“Macam hari ini, air yang bertakung, kita dah mengalihkan pam untuk kawasan Meru dan saya dapat lihat Meru sudah mula baik (pulih), mungkin petang ini ataupun selepas beberapa jam nanti.

“…tetapi ada masalah lain lagi iaitu selepas (banjir) Meru, Klang, air itu akan mengalir ke Kuala Selangor pula dan sebab itu hari ini Kuala Selangor sudah mula banjir,” katanya kepada pemberita hari ini.

Amirudin yang juga calon Pakatan Harapan bagi kerusi Parlimen Gombak pada Pilihan Raya Umum ke-15 ditemui pemberita selepas Majlis Ramah Mesra dan Hi-Tea bersama masyarakat India di India Settlement, Gombak.

Beliau berkata bagaimanapun, persediaan kerajaan Selangor menghadapi jangkaan berlakunya banjir seperti aspek penyelamatan dan pusat pemindahan sementara (PPS) pada tahap terbaik.

Khamis lepas dilaporkan beberapa kawasan di sekitar Meru dilanda banjir kilat sedalam 0.3 meter melibatkan Meru 3, Persiaran Hamzah Alang, Jalan Kasban, Jalan Kenangan, Taman Daya, Jalan Khamis, Jalan Jabar dan Sekolah Menengah Kebangsaan Meru.

Menurut laman web InfoBencanaJKM, setakat 4.30 petang ini, lapan PPS telah dibuka di Selangor iaitu tiga di daerah Klang dan lima di Kuala Selangor yang menempatkan 748 orang daripada 183 keluarga. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading