JUMLAH MANGSA BANJIR DI KELANTAN, PULAU PINANG, MELAKA CATAT PENINGKATAN
Jumlah mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) di Kelantan, Pulau Pinang dan Melaka terus mencatat peningkatan petang ini, sementara Kedah dan Selangor merekodkan penurunan, manakala Johor tidak berubah.
Seorang penduduk kampung termenung sendiri berikutan banjir di Rantau Panjang akibat hujan berterusan sejak empat hari lepas ketika tinjauan di Kampung Pengkalan Pauh hari ini. –fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) di Kelantan, Pulau Pinang dan Melaka terus mencatat peningkatan petang ini, sementara Kedah dan Selangor merekodkan penurunan, manakala Johor tidak berubah.
Di KELANTAN, seramai 604 orang daripada 182 keluarga ditempatkan di tiga PPS di daerah Pasir Mas dan Tanah Merah setakat 3 petang ini, berbanding 311 orang daripada 94 keluarga, pagi tadi.
PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Deh dan SK Kubang Gual di Rantau Panjang, Pasir Mas menempatkan 588 mangsa manakala Balai Raya Padang Kijang di Tanah Merah menempatkan 16 orang.
Sementara itu, tinjauan Bernama mendapati penduduk dan peniaga di pekan Rantau Panjang yang terletak berhampiran Sungai Golok kini dalam keadaan berjaga-jaga ekoran air sungai mencatatkan bacaan 9.91 meter, melebihi paras bahaya sembilan meter.
Di PULAU PINANG, jumlah mangsa banjir meningkat kepada 160 orang berbanding 117 orang pagi tadi, yang ditempatkan di tiga PPS setakat pukul 2 petang, selepas beberapa kawasan dilanda banjir kilat susulan hujan lebat lebih empat jam petang semalam.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara ACP Mohd Radzi Ahmad berkata PPS SK Lahar Yooi, Tasek Gelugor yang baru dibuka menempatkan 26 orang daripada tujuh keluarga manakala PPS Dewan Banjir Desa Puri masih kekal menempatkan lapan orang daripada dua keluarga.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah ACP Tan Cheng San pula berkata PPS Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) True Light, Perkampungan Juru menempatkan seramai 126 orang daripada 35 keluarga.
Di MELAKA, jumlah mangsa yang ditempatkan di dua PPS di Alor Gajah terus meningkat kepada 37 orang daripada 11 keluarga berbanding 29 mangsa daripada 10 keluarga pada 8 pagi tadi.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Banjir Melaka dalam kenyataan berkata setakat 12 tengah hari tadi, PPS Balai Raya Kampung Gadek menempatkan 11 mangsa daripada enam keluarga manakala 26 mangsa daripada lima keluarga berlindung di Balai Raya Bukit Balai Durian Tunggal.
Pengkalan menjadi lokasi terkini dilanda banjir menjadikan keseluruhan enam kawasan iaitu Kampung Kuala Sungga Tebong, Kampung Orang Asli Hutan Percha, Kampung Gadek, Kampung Bukit Tambun dan Kampung Bukit Balai.
Di JOHOR, jumlah mangsa banjir kekal seramai 57 mangsa daripada 18 keluarga yang ditempatkan di tiga PPS di Segamat, setakat 12 tengah hari.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) dalam kenyataan memaklumkan 39 mangsa dari Kampung Seberang Batu Badak dan Kampung Batu 5 ditempatkan di PPS Balairaya Kampung Batu Badak, manakala empat mangsa dari Kampung Kuala Paya berada di PPS Balairaya Kampung Kuala Paya, yang telah beroperasi sejak 2 Nov lepas.
“Sebuah lagi PPS di Segamat adalah di Dewan Komuniti Tasek, menempatkan 14 mangsa dari Kampung Seberang Batu Badak yang dibuka sejak 6 Nov,” menurut kenyataan itu hari ini.
Di KEDAH, satu PPS yang dibuka di daerah Kulim telah ditutup dan menjadikan jumlah mangsa banjir di Kedah menurun kepada 220 orang daripada 53 keluarga setakat pukul 12 tengah hari berbanding 239 orang daripada 61 keluarga, pagi tadi.
Ketua Bahagian Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah Mejar (PA) Muhammad Suhaimi Mohd Zain berkata PPS Dewan Penghulu Paya Tok Betok yang menempatkan enam orang daripada satu keluarga telah ditutup sepenuhnya pukul 8 pagi tadi.
Beliau berkata empat PPS masih dibuka di Kulim iaitu Masjid Sungai Seluang yang menempatkan 91 orang daripada 21 keluarga; Surau Taman Sang Kancil (80 orang daripada 18 keluarga); SK Sri Limau (27 orang daripada lapan keluarga) dan SK Permatang Tok Dik dengan 14 orang daripada empat keluarga.
Selain itu, satu PPS yang dibuka di daerah Bandar Baharu iaitu di Surau Batu 18 masih menempatkan lapan orang daripada dua keluarga.
Di SELANGOR, jumlah mangsa yang ditempatkan di lapan PPS di sekitar daerah Klang dan Kuala Selangor menurun kepada 803 mangsa daripada 190 keluarga berbanding seramai 890 mangsa daripada 212 keluarga semalam.
Berdasarkan statistik Unit Pengurusan Bencana Negeri Selangor setakat 12 tengah hari, PPS Masjid Al-Falah, Kampung Budiman di Shah Alam yang dibuka pada 10 Nov lepas telah ditutup hari ini.
Bagaimanapun, terdapat pertambahan satu lagi PPS di SJKC Yuk Chih di Bestari Jaya yang menempatkan 43 mangsa daripada 15 keluarga.
Selain itu, tinjauan Bernama di sekitar Meru, Klang mendapati air banjir di situ telah mulai surut, bagaimanapun keadaan cuaca yang mendung merisaukan penduduk setempat. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked