Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PRU-15: DUA LELAKI DITAHAN UGUT WARTAWAN BUAT LIPUTAN

DALAM NEGARA

PRU-15: DUA LELAKI DITAHAN UGUT WARTAWAN BUAT LIPUTAN

“Kedua-dua mereka dipercayai berada dalam keadaan mabuk dan mengugut wartawan untuk tidak membuat liputan media di situ. Seorang wartawan ditolak, dibaling dengan gelas, botol arak dan kasut.

Gambar hiasan — fotoBERNAMA

SEREMBAN: Dua lelaki ditahan selepas disyaki mengugut sekumpulan wartawan yang membuat liputan kempen seorang calon sebuah parti yang bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) di sebuah restoran di sini, semalam.

Ketua Polis Negeri Sembilan DCP Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata kedua-dua suspek berusia lingkungan 30 hingga 40 tahun itu ditahan di Taman Seremban Selatan selepas polis menerima laporan kira-kira pukul 11.50 malam.

“Kedua-dua mereka dipercayai berada dalam keadaan mabuk dan mengugut wartawan untuk tidak membuat liputan media di situ. Seorang wartawan ditolak, dibaling dengan gelas, botol arak dan kasut.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan iaitu membuat ugutan jenayah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau menasihatkan masyarakat supaya memberi kerjasama kepada wakil parti yang berkempen dan media membuat liputan dalam memastikan suasana pilihan raya berjalan lancar dan harmoni.

Jelasnya, tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil ke atas mana-mana individu yang sengaja mengugat ketenteraman dan keselamatan awam.

Terdahulu, calon parti berkenaan meluahkan rasa kesal dengan perbuatan individu terbabit yang cuba menimbulkan kekacauan sehingga mencemarkan suasana kempen yang sepatutnya diadakan dalam keadaan aman.

Beliau berkata penyokong mana-mana parti politik perlu berfikiran terbuka dan matang sepanjang tempoh berkempen dan tidak melakukan perkara di luar batasan.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading