GTA TIDAK BEKERJASAMA DENGAN BN, PN, PH SELEPAS PRU15 – TUN MAHATHIR
“Terdapat beberapa parti di Sabah dan Sarawak dan beberapa parti termasuk di Semenanjung, malah dengan Bebas, yang kita boleh bekerjasama jika mereka mematuhi piawaian kita,”
SUNGAI PETANI: Gerakan Tanah Air (GTA) tidak akan bekerjasama dengan Barisan Nasional (BN), Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) bagi membentuk kerajaan Persekutuan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), kata Pengerusi Penaja GTA Tun Dr Mahathir Mohamad.
Beliau yang juga Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) berkata GTA mempunyai pilihan lain sekiranya hendak menjalinkan kerjasama iaitu dengan parti-parti lain di Sabah dan Sarawak serta wakil rakyat Bebas.
“Ada pilihan tapi bukan yang tiga yang saya sebutkan tadi. Bukan BN, bukan PN, bukan PH.
“Terdapat beberapa parti di Sabah dan Sarawak dan beberapa parti termasuk di Semenanjung, malah dengan Bebas, yang kita boleh bekerjasama jika mereka mematuhi piawaian kita,” katanya pada sidang media selepas program rapat umum GTA di sini malam tadi.
Turut hadir isterinya Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali dan Timbalan Presiden Pejuang Datuk Marzuki Yahya, yang juga calon GTA di Parlimen Sungai Petani.
GTA merupakan pakatan empat parti politik iaitu Pejuang, Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra), Parti Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa) dan Parti Perikatan India Muslim Nasional (IMAN) serta gabungan badan bukan kerajaan yang membentuk Gagasan Bangsa (GB).
Pada PRU15, calon GTA bertanding menggunakan logo Pejuang kecuali di Kelantan yang menggunakan logo Putra.
Dr Mahathir berkata beliau tidak kisah sekiranya GTA tidak menjadi sebahagian daripada kerajaan disebabkan enggan bekerjasama sama ada dengan BN, PN dan PH.
Beliau berpendapat adalah lebih baik wakil rakyat GTA menjadi pembangkang daripada bekerjasama dengan mana-mana individu yang disifatkannya sebagai penyangak.
Sementara itu, bekas perdana menteri itu berkata kempen GTA pada masa ini berjalan lancar dan semakin rancak dan beliau percaya gabungan itu mempunyai peluang untuk menang di beberapa kerusi tertentu. —AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests