Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

DBKL KESAL PENGUNJUNG HARI KEBANGSAAN ROSAKKAN TANAMAN LANDSKAP

DALAM NEGARA

DBKL KESAL PENGUNJUNG HARI KEBANGSAAN ROSAKKAN TANAMAN LANDSKAP

DBKL memuat naik beberapa gambar menunjukkan tanaman landskap pelbagai jenis pokok yang ditanam di pembahagi jalan di sekitar Dataran Merdeka dan Jalan Raja Laut telah rosak akibat dipijak pengunjung.

KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) meluahkan rasa kesal terhadap pengunjung yang hadir menyambut Hari Kebangsaan 2022 di sini, bertindak memijak sehingga merosakkan tanaman landskap di ibu kota tersebut.

DBKL memuat naik beberapa keping gambar menunjukkan tanaman landskap pelbagai jenis pokok yang ditanam di pembahagi jalan di sekitar Dataran Merdeka dan Jalan Raja Laut telah rosak akibat dipijak pengunjung.

“Seronok tengok lautan manusia membanjiri jalan-jalan sekitar Dataran Merdeka pagi tadi (Rabu) bagi bersama-sama meraikan sambutan Hari Kebangsaan. Semangat cintakan negara seperti inilah yang kita mahukan.

“Tapi dalam pada itu, ada pula sesetengah di kalangan kita yang langsung tidak mempedulikan persekitaran dan keindahan kawasan.

“Langsung rasa tidak bersalah merosakkan landskap yang disemai cantik. Semangat itu sudah bagus, tapi caranya tak betul,” katanya.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading