WARGA ASING TUNJUK ISYARAT LUCAH KEPADA POLIS DITAHAN

KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang lelaki warga asing yang bertindak menunjukkan isyarat lucah ke arah anggota polis yang bertugas di hadapan pusat beli-belah Lot 10, di sini pada Rabu.

ARTIKEL BERKAITAN – WARGA ASING DAKWA INGIN TUNJUK ‘PEACE’, BUKAN ISYARAT LUCAH

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Noor Dellhan Yahaya berkata, siasatan awal mendapati kejadian tersebut berlaku sekitar jam 12.05 tengah malam semalam.

“Polis telah menahan serta membuka kertas siasatan ke atas suspek lelaki bukan warganegara berusia 39 tahun.

“Suspek direman selama tiga hari bermula Rabu bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Baru-baru ini tular di media sosial sebuah video memaparkan tindakan lelaki itu merakam dirinya sambil menunjukkan jari tengah ke arah dua anggota polis.–AlHijrah Online

One comment

Leave a Reply