SUAMI ISTERI MAUT KERETA DINAIKI TERBABAS

Sumber Gambar: Ihsan JBPM

KAMPAR: Sepasang suami isteri maut selepas kereta dinaiki mereka dipercayai terbabas di KM 292.4 Lebuhraya Utara Selatan arah utara di sini tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kampar Supt Mohamad Nazri Daud berkata pihaknya menerima maklumat dari orang awam berkaitan kejadian melibatkan Tsia Kwai Weng, 61, dan Hooi Lai Kwean, 53, yang beralamat di Tambun itu, kira-kira pukul 12.30 malam.

“Isterinya maut di tempat kejadian manakala suaminya maut semasa menerima rawatan di Unit Kecemasan Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh kira-kira 5.40 pagi tadi,” katanya dalam kenyataan.

Menurut Mohamad Nazri ketika kejadian hujan renyai dan kereta mangsa remuk di bahagian depan serta keseluruhan cermin retak.

Beliau berkata siasatan lanjut diteruskan di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalanraya 1987.–AlHijrah Online

Leave a Reply