DEBAT TAK BAWA HASIL, LEBIH BAIK JAGA KEPENTINGAN RAKYAT – ISMAIL SABRI
“Mereka (pembangkang) tidak perlu melaksanakan kerana mereka tidak akan dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan (perkara yang diperkatakan), kerana mereka bukan kerajaan. Sedangkan, kita (kerajaan) bila berjanji, mesti kita laksanakan,”
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika berucap pada Majlis Kenduri keluarga Malaysia sempena Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah hari ini. –fotoBERNAMA
KUANTAN: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata lebih baik untuk beliau menjaga kepentingan rakyat berbanding berdebat, yang tidak membawa sebarang hasil selepas perdebatan itu selesai.
Beliau berkata ia boleh disaksikan menerusi sesi debat antara Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Menteri Penerangan sebelum ini Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan antara Anwar dengan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang berlangsung pada Mei lepas.
“Saya sudah mengatakan dari segi debat ini tidak membawa hasil pun… setakat habis debat, habislah. Orang ini bawa penyokong, orang itu bawa penyokong dan penyokong bersorak-sorak dalam dewan. Itu sahaja.
“Kita dalam kerajaan lebih daripada berdebat. Kita pastikan apa yang dirancang (dan) diumumkan dilaksanakan. Kalau timbul masalah (seperti) kos sara hidup yang meningkat, kita kena tengok keadaan ini untuk mengurangkan beban rakyat.
“Tugas kerajaan itu banyak dan tugas kita bukan setakat bercakap, tetapi kita juga melaksanakan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Kenduri Keluarga Malaysia sempena Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) Pahang, di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah di sini hari ini.
Turut hadir Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali dan barisan pentadbiran kerajaan negeri serta kerajaan Pusat.
Ismail Sabri berkata pendirian itu berbeza daripada parti pembangkang, yang boleh bercakap apa sahaja kerana mereka tidak perlu melaksanakan apa yang diperkatakan.
“Mereka tidak perlu melaksanakan kerana mereka tidak akan dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan (perkara yang diperkatakan), kerana mereka bukan kerajaan. Sedangkan, kita (kerajaan) bila berjanji, mesti kita laksanakan,” katanya.
Ismail Sabri berkata demikian bagi mengulas kenyataan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang menyatakan kesediaan untuk berdebat dengan mana-mana calon Perdana Menteri parti lain sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Sebelum itu, Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) menerusi ceramah di Temerloh baru-baru ini, mengemukakan cadangan supaya perdebatan antara tiga calon Perdana Menteri daripada tiga parti diadakan. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager