MENANG DUA KERUSI PARLIMEN DORONG ANWAR LEBARKAN RENTAK TAWAN TAMBUN
Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan pemindahannya ke kerusi Parlimen baharu berikutan keyakinan dua kerusi yang pernah disandangnya sebelum ini dapat meneruskan rentak kemenangan.
KUALA LUMPUR: Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan pemindahannya ke kerusi Parlimen baharu berikutan keyakinan dua kerusi yang pernah disandangnya sebelum ini dapat meneruskan rentak kemenangan.
Bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh dan penyandang kerusi Parlimen Port Dickson itu berkata pemindahan ke kerusi Parlimen Tambun pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) diputuskan selepas kajian dilakukan di kawasan tersebut.
“Saya telah meninggalkan suatu gelanggang yang sudah kukuh. (Parlimen) Permatang Pauh bagi saya sudah kukuh dan (Parlimen) Port Dickson dalam beberapa tahun ini saya telah berikan perhatian sangat banyak.
“(Jadi) saya hendak kukuhkan dan harus tawan kawasan baru untuk memenangi dan menawan negara,” katanya dalam rakaman audio yang dikongsikan kepada media menerusi kumpulan WhatsApp di sini hari ini.
Pada pengumuman calon PKR semalam, Anwar, yang juga calon Perdana Menteri Pakatan Harapan (PH) disahkan bertanding di kerusi Parlimen Tambun dan dijangka bertembung penyandang kerusi itu Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu yang juga Timbalan Presiden Bersatu.
Seramai 72 calon ditampilkan PKR untuk bertanding kerusi Parlimen pada PRU-15.
Malah pada majlis pengumuman calon itu, Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata Anwar sedang mendahului di Parlimen Tambun, berdasarkan tinjauan dan semakan terperinci dilaksanakan parti itu.
Sementara itu, mengulas mengenai kenyataan bekas Naib Presiden PKR, Tian Chua hari ini yang memberi amaran bahawa langkah PKR menggugurkan beberapa ahli Parlimen menjelang PRU15 boleh menjejaskan parti, Anwar yang juga Pengerusi PH menegaskan tidak semua pemimpin daripada parti itu perlu diketengahkan sebagai calon PRU-15.
Beliau berkata muka-muka baharu termasuk golongan generasi baharu perlu diberi peluang untuk bertanding pada pilihan raya tersebut.
“Saya ingin tegaskan (kepada) Tian Chua, tidak semua perjuangan itu harus melalui jalur pilihan raya. Kita perlukan sokongan tokoh-tokoh lama ini dalam parti untuk terus bimbing anak-anak muda,” katanya.
Menurut laporan media, Tian Chua memberitahu terdapat ramai dalam kalangan ahli parti itu kecewa dengan keputusan yang telah dibuat pucuk pimpinan dalam memilih calon-calon untuk bertanding di beberapa kerusi dalam pilihan raya kali ini.
Antara bekas Ahli Parlimen PKR yang tidak akan mempertahankan kerusi mereka termasuk Maria Chin Abdullah (Petaling Jaya), R Sivarasa (Sungai Buloh), Tan Yee Kew (Wangsa Maju), June Leow (Hulu Selangor), Johari Abdul (Sungai Petani) dan Chan Ming Kai (Alor Setar).–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager