Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

LELAKI MAUT DIHEMPAP JENTOLAK DI TAPAK PELUPUSAN SAMPAH

DALAM NEGARA

LELAKI MAUT DIHEMPAP JENTOLAK DI TAPAK PELUPUSAN SAMPAH

Seorang lelaki maut dipercayai dihempap jentolak ketika bekerja di sebuah tapak pelupusan sampah di Jalan Rumbia 4, Tanjung Langsat di sini hari ini.

Anggota Bomba dan Penyelamat mengangkat mangsa yang maut dihempap jentolak yang dibaikinya di tapak pelupusan sampah di Tanjung Langsat, Pasir Gudang. – (Gambar : Bomba)

PASIR GUDANG: Seorang lelaki maut dipercayai dihempap jentolak ketika bekerja di sebuah tapak pelupusan sampah di Jalan Rumbia 4, Tanjung Langsat di sini hari ini.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Gudang Pegawai Bomba Kanan I Shahrol Suboh berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu pada 10.02 pagi dan seramai sembilan anggota dengan sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) serta ambulans Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi, didapati benar terdapat seorang lelaki dewasa berusia 51 tahun telah dihempap sebuah jentolak.

“Mangsa dikeluarkan dengan menggunakan peralatan khas yang turut dibantu sebuah jengkaut,” menurutnya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan yang hadir.

“Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya dan operasi tamat pada 11.27 pagi,” katanya. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading