DELEGASI HAMAS TIBA DI MESIR BINCANG KEMAJUAN GENCATAN SENJATA GAZA, PERTUKARAN TAHANAN
Kumpulan Palestin, Hamas pada Isnin memaklumkan bahawa delegasi kanan yang diketuai Mohamed Darwish, Ketua Majlis Syura kumpulan itu telah tiba di Mesir bagi lawatan rasmi untuk membincangkan pelaksanaan perjanjian gencatan senjata Gaza dan pertukaran tahanan dengan Israel.
Delegasi kanan yang diketuai Mohamed Darwish, Ketua Majlis Syura kumpulan itu telah tiba di Mesir bagi lawatan rasmi untuk membincangkan pelaksanaan perjanjian gencatan senjata Gaza dan pertukaran tahanan dengan Israel.
Sumber Gambar: Media Sosial
BANDARAYA GAZA: Kumpulan Palestin, Hamas pada Isnin memaklumkan bahawa delegasi kanan yang diketuai Mohamed Darwish, Ketua Majlis Syura kumpulan itu telah tiba di Mesir bagi lawatan rasmi untuk membincangkan pelaksanaan perjanjian gencatan senjata Gaza dan pertukaran tahanan dengan Israel, lapor Agensi Anadolu (AA).
“Delegasi kanan Hamas tiba petang ini di ibu negara Mesir, Kaherah, bagi lawatan rasmi yang diketuai Mohamed Darwish, pengerusi majlis kepimpinan,” menurut kumpulan itu dalam satu kenyataan.
Menurut Hamas, delegasi itu dijadualkan bertemu dengan pegawai Mesir untuk meneliti perkembangan terkini pelaksanaan perjanjian gencatan senjata serta pertukaran tahanan tiga fasa.
Perjanjian gencatan senjata, yang berkuat kuasa pada 19 Jan, termasuk perjanjian untuk menukar tawanan Israel yang ditahan di Gaza dengan tahanan Palestin di penjara Israel.
Di bawah fasa pertama perjanjian yang berlangsung selama 42 hari, Hamas akan membebaskan 33 tawanan Israel –baik yang masih hidup mahupun sudah meninggal dunia — manakala Israel akan membebaskan antara 1,700 hingga 2,000 tahanan Palestins ecara berperingkat. Rundingan bagi dua fasa berikutnya akan bermula pada hari ke-16 gencatan senjata.
Pertukaran awal yang dilaksanakan pada hari pertama perjanjian menyaksikan pembebasan tiga wanita Israel sebagai tawanan dengan 90 tahanan Palestin, termasuk kanak-kanak dan wanita, kebanyakannya dari Tebing Barat dan Baitulmuqaddis yang diduduki .
Hamas menyatakan bahawa delegasi itu turut akan bertemu tahanan Palestin yang dibebaskan pada Sabtu.
Menurut kumpulan itu, delegasi Hamas berkenaan termasuk ahli kanan majlis kepimpinan dan pasukan perundingnya: Khaled Meshaal, Khalil al-Hayya, Zaher Jabarin, Nizar Awadallah, Mohammed Nasser dan Ghazi Hamad.
Perjanjian gencatan senjata Gaza berkuat kuasa pada 19 Jan, menghentikan sementara serangan genosid Israel yang telah meragut lebih 47,300 nyawa rakyat Palestin, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, serta mencederakan lebih 111,400 sejak 7 Okt 2023.
Serangan Israel itu menyebabkan lebih 11,000 orang hilang, dengan kemusnahan meluas dan krisis kemanusiaan yang turut meragut nyawa ramai warga emas serta kanak-kanak, menjadikannya satu daripada bencana kemanusiaan global paling teruk pernah berlaku.
Mahkamah Jenayah Antarabangsa telah mengeluarkan waran tangkap pada November tahun lepas terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanannya Yoav Gallant atas jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan di Gaza.
Israel juga berdepan kes genosid di Mahkamah Keadilan Antarabangsa berhubung konflik di wilayah itu. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked