DENMARK, BELANDA SEDIA IKTIRAF PALESTIN SECARA BERSYARAT
Menteri Luar Denmark Lars Lokke Rasmussen dan Menteri Luar Belanda David van Weel pada Isnin menyatakan bahawa negara mereka bersedia mengiktiraf Negara Palestin dengan syarat tertentu, lapor Anadolu Ajansi (AA).
ISTANBUL: Menteri Luar Denmark Lars Lokke Rasmussen dan Menteri Luar Belanda David van Weel pada Isnin menyatakan bahawa negara mereka bersedia mengiktiraf Negara Palestin dengan syarat tertentu, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Rasmussen dan van Weel menyampaikan pendirian itu pada Persidangan Antarabangsa Peringkat Tinggi mengenai Penyelesaian Isu Palestin dan Pelaksanaan Penyelesaian Dua Negara, yang dianjurkan di bawah naungan PBB serta diketuai Perancis dan Arab Saudi.
Van Weel menegaskan keperluan untuk menamatkan “peperangan ngeri” di Semenanjung Gaza dan mengubah perkembangan di Tebing Barat yang semakin membimbangkan.
Beliau menyatakan bahawa Belanda telah mengambil langkah di peringkat nasional dan Eropah untuk cuba mengubah haluan tindakan Israel.
Menurutnya, sebuah pihak berkuasa Palestin yang sah dan demokratik dengan kawalan penuh ke atas wilayahnya adalah penting bagi penubuhan negara Palestin yang berdaya maju.
“Belanda akan mengiktiraf Negara Palestin pada peringkat seterusnya, sebagai sebahagian daripada proses politik yang perlu dimulakan sekarang,” kata van Weel.
Sementara itu, Rasmussen berkata perang di Gaza telah membawa kepada “bencana kemanusiaan pada skala yang tidak tertanggung” dan menegaskan bahawa “Tel Aviv sedang memperluas operasi ketenteraannya.”
Beliau menggesa Tel Aviv segera menamatkannya dan menukar haluan.
Katanya, penyelesaian dua negara semakin berdepan cabaran akibat peluasan penempatan haram Israel dan ancaman pengilhakan Gaza serta Tebing Barat.
“Kunci kepada pengiktirafan Negara Palestin tidak seharusnya lagi berada di tangan Israel.
“Kunci itu mesti berada di tangan rakyat Palestin,” katanya.
Rasmussen juga berkata apabila lebih banyak kemajuan dicapai dalam agenda reformasi Pihak Berkuasa Palestin dan apabila terdapat jaminan bahawa negara Palestin pada masa depan akan “demilitarised” , Denmark akan mengiktiraf Negara Palestin.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager