Bagi dua pertuduhan utama, lelaki itu didakwa dengan niat membunuh isterinya, Phun Lai Ling, 37, dan anak lelaki mereka, Aaden Chia Yee Heng, 5, dengan niat menyebabkan kematian.
JOHOR BAHRU: Seorang doktor swasta didakwa di Mahkamah Majistret, di sini atas empat pertuduhan termasuk membunuh isteri dan anak lelakinya di sebuah kediaman, di sini pada hujung tahun lepas.
Tertuduh, Chia Tong Hong, 34, hanya menggangguk faham selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di dua Mahkamah Majistret secara berasingan.
Bagi dua pertuduhan utama, lelaki itu didakwa dengan niat membunuh isterinya, Phun Lai Ling, 37, dan anak lelaki mereka, Aaden Chia Yee Heng, 5, dengan niat menyebabkan kematian.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah di Bandar Dato’ Onn, di sini antara 9.50 malam hingga 10.34 malam, 30 Dis tahun lepas.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati atau penjara maksimum 40 tahun dan sekurang-kurangnya 12 kali sebatan, jika sabit kesalahan.
Tiada pengakuan direkodkan di hadapan Majistret Atifah Hazimah Wahab dan Majistret A. Shaarmini.
Sementara itu, di hadapan Atifah Hazimah, tertuduh mengaku tidak bersalah terhadap satu pertuduhan dengan sengaja menghalang tugas polis dalam menjalankan siasatan.
Mengikut kertas pertuduhan, Chia didakwa mengubah kedudukan mayat anak lelakinya ketika siasatan kes bunuh dijalankan.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di lokasi sama pada 8.10 pagi, 31 Dis, mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda hingga RM10,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Di hadapan Majistret Nabilah Nizam pula, lelaki itu mengaku tidak bersalah atas satu pertuduhan melupuskan kuku palsu isterinya dengan niat mengelakkan diri daripada hukuman undang-undang.
Bagi pertuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 201 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun serta denda, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Sarah Siti Aisyah Mustapha Kamal, Nurul Fatihah Mohd Nizam dan Siti Aishah Latif.
Tiada jaminan ditawarkan kepada tertuduh yang diwakili peguam Bernard George.
Mahkamah menetapkan 17 Mac ini sebagai tarikh sebutan kes bagi menunggu laporan bedah siasat, DNA, kimia dan ujian toksikologi.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked