JPJ PERAK LAKSANA PENGGUNAAN KAMERA BADAN PERKUKUH KETELUSAN PENGUATKUASAAN
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perak mula melaksanakan penggunaan kamera badan atau body worn camera (BWC) secara rintis bagi merakam interaksi anggota penguat kuasa dengan pengguna jalan raya sebagai langkah memperkukuh integriti, ketelusan dan keselamatan semasa operasi penguatkuasaan.
IPOH: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perak mula melaksanakan penggunaan kamera badan atau body worn camera (BWC) secara rintis bagi merakam interaksi anggota penguat kuasa dengan pengguna jalan raya sebagai langkah memperkukuh integriti, ketelusan dan keselamatan semasa operasi penguatkuasaan.
Timbalan Pengarah JPJ Perak Mohd Azmi Jaafar berkata sebanyak 14 unit BWC telah diterima setakat ini, dengan lapan unit ditempatkan di JPJ Ipoh, empat di JPJ Cawangan Taiping, manakala baki dua unit ditempatkan di stesen penguatkuasaan Kuala Kangsar.
“Penggunaan peranti ini bermula pada November tahun lepas setelah edaran dibuat oleh ibu pejabat, dan merupakan fasa perintis sebelum diperluas secara menyeluruh selepas ini.
“Penggunaan BWC ini bertujuan merakam semua interaksi antara anggota penguat kuasa dengan pengguna jalan raya. Rakaman ini bukan sahaja untuk melindungi hak pengguna, malah melindungi anggota penguat kuasa daripada salah faham, tuduhan tidak berasas serta dakwaan salah laku,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas melaksanakan Operasi Khas Sembilan Kesalahan Utama di Jalan Kuala Kangsar–Jalan Sultan Azlan Shah, di sini hari ini.
Mohd Azmi berkata rakaman BWC dipantau secara masa nyata oleh pasukan pemantau di ibu pejabat dan sebarang aduan melibatkan pengguna jalan raya akan diberi perhatian serta respons segera mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
“Peranti terbabit tidak boleh dimatikan sewenang-wenangnya oleh anggota bertugas dan hanya boleh ditutup selepas tamat tugas atau dalam situasi tertentu melibatkan kawasan sensitif mengikut SOP.
“Sekiranya peranti dimatikan tanpa sebab munasabah, sistem pemantauan di ibu pejabat akan mengesan perkara itu,” katanya.
Beliau berkata penggunaan BWC tidak terhad kepada operasi sekatan jalan raya semata-mata, sebaliknya turut melibatkan anggota penguat kuasa di kaunter JPJ, tapak pengujian kenderaan serta institut memandu bagi memantau interaksi dengan pelanggan dan calon ujian.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager