Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

DOMINO’S, STARBUCKS, MCDONALD’S MELAPORKAN PENURUNAN JUALAN DISEBABKAN BOIKOT TERUTAMA DI MALAYSIA

DUNIA

DOMINO’S, STARBUCKS, MCDONALD’S MELAPORKAN PENURUNAN JUALAN DISEBABKAN BOIKOT TERUTAMA DI MALAYSIA

KUALA LUMPUR: Syarikat makanan dan minuman Domino’s, Starbucks dan McDonald’s yang diboikot akibat penindasan Israel di Gaza melaporkan penurunan hasil jualan sejak negara haram itu mula membunuh rakyat Palestin Oktober lalu.

Domino’s mengatakan, jualan di Asia merosot sebanyak 8.9 peratus pada separuh kedua tahun 2023, terutamanya di Malaysia yang merupakan negara majoriti muslim, lapor TRTWorld.

Pada suku keempat tahun 2023, McDonald’s melaporkan pendapatan syarikat itu tidak meningkat seperti yang dijangkakan.

“Impak paling ketara yang kita lihat adalah di Timur Tengah dan negara-negara Islam seperti Indonesia dan Malaysia,” kata Ketua Pegawai Eksekutif McDonald’s Chris Kempczinski.

Starbucks pula dilapor hanya menyaksikan pertumbuhan global 4 hingga 6 peratus berbanding 5 hingga 7 peratus dengan impak besar pada pasaran Amerika Syarikat.

Beberapa bulan terakhir 2023, banyak aktivis menyeru untuk memboikot syarikat-syarikat yang didakwa ada kaitan dengan Israel selepas zionis bertindak menyerang Gaza.

Gerakan Boycott, Divestment Sanctions (BDS) antara yang lantang melawan penjajahan Gaza sebelum ini menyatakan, McDonald’s dan Domino’s ‘membuat sumbangan besar kepada tentera genosid Israel’. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

1 Comment

1 Comment

  1. Daun direh

    9 February 2024 at 10:11 AM

    Kita boikot hingga kiamat. Kita dah baik dah. Ko kata kami macam anjing lapar!!!
    Lantak lah ko
    Orang

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading