DR AFIFI, TV ALHIJRAH BERTUKAR IDEA CARA SEBAR KEFAHAMAN ISLAM

Dr Afifi (dua dari kiri) bersama Pengerusi TV AlHijrah, Datuk Hussamuddin Yaacub, Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah Namanzee Harris. dan Pengarah Jawi Datuk Mohd Ajib Ismail

KUALA LUMPUR: Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Tertinggi Majlis Raja Raja Hal Ehwal Islam dan Felo Pusat Pengajian Oxford Datuk Dr Afifi al-Akiti pada 4 Februari lalu telah berkesempatan melakukan lawatan dan kunjungan ke stesen televisyen Islam utama negara TV AlHijrah.

Dalam kunjungan itu, Dr Afifi yang tersenarai sebagai 500 Muslim berpengaruh di dunia bertukar pendapat dan idea dengan pengurusan tertinggi TV AlHijrah mengenai bagaimana TV AlHijrah boleh menyumbang dengan lebih efektif dalam mendidik masyarakat dengan kefahaman Islam yang lebih baik.

Kedatangan Dr Afifi ke TV AlHijrah disambut Pengerusi TV AlHijrah, Datuk Hussamuddin Yaacub, Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah Namanzee Harris dan Pengarah Jawi Datuk Mohd Ajib Ismail.

Dr Afifi mempunyai pengetahuan dan pengalaman luas dalam pengajian Islam selain  boleh berkomunikasi dalam tujuh bahasa termasuk Latin, Greek, Perancis, Jerman, Arab, Inggeris dan Melayu.

Beliau juga menjadi rakyat Malaysia serta anak Melayu pertama dan satu-satunya yang ditawarkan jawatan tetap di Universiti Oxford sebagai pensyarah pada usia 32 tahun. – AlHijrah Online

Leave a Reply