COVID-19: INDIVIDU POSITIF TIDAK PERLU HADIR KE CAC

Sumber Gambar: AFP

KUALA LUMPUR: Individu positif COVID-19 bagi kategori 1 dan 2A yang terdiri dalam golongan tidak berisiko tinggi, tidak perlu hadir ke Pusat Penilaian COVID-19 (CAC).

Menurut hantaran Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), golongan tersebut adalah mereka yang berumur 60 tahun ke bawah dan tidak mempunyai sebarang komorbid.

Dalam satu infografik yang dikongsikan KKM, golongan tersebut merupakan pesakit yang mengalami simptom sakit tekak atau selesema tanpa demam atau sesak nafas; batuk tanpa demam atau sesak nafas; hilang deria rasa tetapi masih berselera makan.

Selain itu, cirit-birit dua kali atau kurang dalam masa 24 jam; keletihan dan sakit otot tetapi masih boleh melakukan aktiviti.

Tambahnya, individu terbabit perlu melakukan pemantauan kendiri melalui Health Assessment Tool (HAT) dalam aplikasi MySejahtera.

“Individu yang positif COVID-19 kategori 2B dan ke atas (sama ada berisiko tinggi atau tidak) atau mempunyai gejala yang semakin teruk, dikehendaki hadir ke CAC atau hospital terdekat bagi pemeriksaan lanjut tanpa menunggu panggilan telefon daripada CAC,” katanya, hari ini.—AlHijrah Online

Leave a Reply