LEBIH 11,000 KES POSITIF COVID-19 DIREKODKAN

Sumber Gambar: AFP

KUALA LUMPUR: Kes positif COVID-19 baharu setakat 7 Februari (Isnin) merekodkan peningkatan kepada 11,034 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah tersebut menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,925,254 kes.

“Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://covidnow.moh.gov.my

“Data harian laman COVIDNOW dikemaskini sekaligus selepas tengah malam,” menerusi ciapannya di Twitter, hari ini.

Semalam, kes positif COVID-19 telah melepas angka lima digit iaitu 10,098 kes direkodkan.–AlHijrah Online

Leave a Reply